Pages

Friday 13 April 2012

MAJLIS PELANCARAN KELAB MEDIA SOSIAL 'PAYA BESAR ONLINE'


Dato' Abd Manan bersama sebahagian peserta kursus media sosial Paya Besar


Pada 8hb April lalu, satu majlis Pelancaran Media Sosial 'Paya Besar Online' telah diadakan bertempat Hotel Vistana, Kuantan dan dilancarkan dengan resminya oleh Ahli Parlimen Paya Besar YB. Dato' Abd Manan Ismail.

Turut hadir pada malam itu Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Ybh Dato' Tajuddin Sulaiman, Dato' Shahaniza Shamsuddin, Timbalan Pengerusi 'PahangKu', Ketua-ketua Parti Komponen Bahagian dan Cawangan dalam Parlimen Paya Besar serta ketua-ketua dan wakil masyarakat dari seluruh Parlimen Paya Besar seramai hampir 300 orang.

Para Jemputan diraikan dengan jamuan makan malam selain dari acara penyampaian sijil kursus Media Sosial kepada seramai 22 peserta, hadiah cabutan nombor bertuah juga diberikan kepada mereka yang bertuah pada malam berkenaan.

Menurut Sdr. Jubaidi, selaku Pengerusi Kelab Media Sosial Paya Besar, usaha ini adalah bagi menangani fitnah dan provokasi pihak pembangkang yang selama ini menggunakan media sosial sebagai sebagai alat menyebar dakyah dan fitnah mereka sewenang-wenangnya.


 Sdr Jubaidi, Pengerusi Kelab Paya Besar Online sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta


 Sebahagian hadirin sedang menjamu selera


Sebahagian dari pengamal media sosial yang turut dijemput hadir


Ybh. Ketua UMNO Bahagian menyampaikan ucapan


 Antara yang memberikan sokongan kepada penubuhan Paya Besar Online


Dari kiri: YB Dato' Sahaniza Shamsuddin, ADUN Kuala Sentul. Ybh. Dato' Tajuddin Sulaiman, Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Sdr. Azam Abd Rahman, YB. Dato' Abd Manan Ismail, Ahli Parlimen Paya Besar dan 
Sdr. Jubaidi Chamkari.



Sunday 8 April 2012

MAKLUMAN

Terima kasih melawat ke laman blog kami, 
mohon maaf kerana laman ini masih dalam pembinaan
~ terima kasih
Tahniah Paya Besar On Line
Salam 1 Malaysia Dan Salam 1 Paya Besar.....Tahniah Kepada Paya Besar On Line Diatas Pelancaran Bloggers Ini...Jom Berjuang Bersama kami.......